Pengalaman Berharga

Malam ini degupan jantung hamba bagai tak sekata.. Kenapa ya? Mungkin banyak sangat persoalan menerjah minda… Luluskah? Gagalkah? Termati enjin kah dan bermacam-macam persoalan menerjah di minda… Allahuakbar, gementar hati ini hanya Allah yang tahu… Resah itu bermain sekitar 10 minit di kotak pemikiran… Akhirnya diri ini terlelap menutup segala resah yang berbaki… Alhamdulillah.. itulah nikmat yang berharga dikecapi saat mata yang dalam kepenatan tapi tidak boleh berfungsi secara natural dan aturannya…

Esoknya 5.00 pagi … hamba dikejutkan oleh riuh rendah mat-mat remp-it dalam satu pergaduhan yang membuatkan gema malam bersahut-sahutan oleh suara-suara anak-anak bangsa ini melepaskan amarah menghentak lawan tanpa belas kasihan , setelah siren polis n ambulan datang mat2 remp-it itu sudah berlalu tanpa sebarang penangkapan… Allahuakbar, gerun melihat nasib si mangsa .. Moga beliau selamat.. Benak terfikir dan risau dengan fenomena hari ini kerna anak-anak bunga bangsa bagai sembilu dalam Negara sendiri… kepada siapakah harus dipersalahkan, kitakah sebagai pemerhati, gurukah mungkin ajarannya tiada penerapan nilai-nilai murni atau ibu bapakah yang selalu memuokan anak-anaknya sehingga tidak mengenal ihsan dan belas serta baik dan buruk sikap yang dilakukan? Sama2 koreksi diri dengan jawapan yang boleh mentarbiyah aqal dan qalb kerna bagi pendakwah yang hebat ini adalah mad’u… Ya .. Mad’u bunga bangsaku..

Masih teringat akan pesanan sahabat-sahabat sokongan untuk menjalani ujian antaranya :

“ Bacalah rabbi yassir tuassir wala tuassir .. insyaallah dimudahkan ”

“ Jangan nervous.. tenang je…”

“ Ok punya, insya allah khair”

Yang paling mahal adalah doa ayah dan bonda… dan doa itulah yang menguatkan hamba dalam menuju jaya.. Aminnn…

Bermula kisah debaran kencang menjalani ujian memandu, … Saat mata terpejam terbayang bukit yang bakal didaki..saat mata berkelip tergambar jalan-jalan bersimpang siur yang bakal diselusuri membuatkan jiwa tersentap dan membantutkan tidur yang lena di tilam empuk bonda… Syukran bonda menemani gelisah hamba semalam…

Seawal 7.00 pagi sudah menapak di checkpoint yang dijanjikan , berbual mesra dengan sahabat2 baru dan bermulalah perjalanan kami menuju destinasi …

8.30 pagi yang dililihat cerah lagi  dingin .. tidak dapat dirasai lagi tumpuan hanya pada sasaran kerana ujian satu dan dua harus dimulai beberapa detik lagi… 30,….33…36,37 maka tibalah giliran yang dinantikan oleh calon-calon… dengan lafaz bismillah dan berkat doa insan2 kesayangan hamba maka akhirnya.. Allah mengizinkan hamba lulus… Alhamdulillah2x.. debaran bertukar lega..

Seterusnya, tanpa menunggu lama terus hamba bergerak ke kaunter ujian 3 iaitu jalanraya… Sekitar pukul 12 tengahari ia bermula, saat memerhati para-para calon ujian 3.. hamba tertarik dengan seorang jpj wanita yang tidak memakai cermin mata dan akhirnya rezki menyebelahi lalu dengan dialah hamba dipandu uji… Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan sebolehnya cuba meminimakan kesalahan dan akhirnya rezki Allah untuk hamba dan ia berjaya… kelegaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata…

Terkadang terfikir macamana nak meminimakan ketakutan dalam keadaan bila kita dipandu uji oleh Allah.. Adakah ketakutan kita begini juga akan dirasai.. Justeru untuk meminimakan rasa ketakutan ialah mempersiapkan diri berdasarkan panduan yang ditinggalkan Rasulullah dan amalan salafussoleh… Mencari sahabat yang sentiasa mengingatkan kita akan taqwa kepada Allah.. Memang sukar dicari tapi ia ada dan jangan sesekali lepaskan ia… Kelak kita kan rugi..

p/s: muo : Adalah loghat Kelantan yang bermaksud manja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s